Anda Tidak Akan Percaya Apa Yang Musang Ini Buat di Dapur Pemilik Rumah Ini

789

Pernahkah anda menyalahkan musang yang comel apabila dapur rumah anda bersepah? Terutama sekali sebagai seorang remaja, kita memang selalu buat alasan yang sukar untuk dipercayai oleh ibu bapa kita apabila kita membuat selerak di rumah. Namun, Emma Slade mempunyai satu video yang kukuh untuk membuktikannya.

Bercelaru

musang
Metro.co.uk

Tong sampah tumbang, sampah bertaburan di lantai, dan pakaian yang baru basuh bertaburan – inilah yang ditemui oleh seorang wanita berusia 39 tahun ketika terjaga dari tidur di rumahnya di Pulau Canvey, Essex.

Rakaman video yang mengejutkan

Ketika berjalan masuk ke dapurnya, ibu kepada tiga anak itu menemui haiwan itu sedang tidur siang di kaunter dapur. Rakaman yang diambil pada telefonnya menunjukkan yang musang itu berbaring di atas singki dan enggan pergi dari situ.

Emma telah membiarkan pintu terbuka pada lewat malam untuk membolehkan anjingnya masuk ke taman. Beberapa jam kemudian, dia mendengar satu dentuman kuat tetapi menyangka yang itu bunyi anak perempuannya yang baru pulang ke rumah.

Dia sudah bersedia untuk menyalahkan anjing peliharaannya itu dek dapur yang bersepah, sehinggalah dia mengetahui yang musang nakal adalah penyebabnya. Syukurlah, teman lelaki anak perempuannya, Mason, dengan beraninya telah mengangkat haiwan itu dan membawanya keluar.