Apa yang bentuk hidung anda dedahkan tentang personaliti anda?

10548

- Iklan -

bentuk hidung-1
Sumber: Storytohear.com

1. Hidung Nubian: jenis hidung ini mencirikan seseorang yang kreatif dan menarik. Mereka sentiasa optimis dan mempunyai fikiran yang terbuka. Mereka sangat suka bergaul dan sering dikelilingi oleh sekumpulan kawan yang menarik.

2. Hidung Yunani: mereka yang mempunyai bentuk hidung Yunani bersikap lebih tertutup sedikit. Kadang-kadang, mereka sukar untuk menunjukkan emosi mereka dan tidak suka menjadi perhatian ramai. Mereka adalah seorang yang setia, yang sentiasa boleh diharap dan mempunyai pandangan hidup yang agak pragmatik.

3. Hidung mancung: Hidung jenis ini mempunyai bonjol (sedikit) di bahagian tengah. Individu dengan hidung sebegini sangat bercita-cita tinggi dan berdedikasi terhadap matlamat mereka. Mereka berpegang pada kepercayaan dan prinsip yang kuat yang akan mereka pertahankan sepenuh jiwa raga mereka.

4. Hidung Orli: Orang yang mempunyai hidung ini sentiasa berazam dan bersikap teratur. Mereka sering memikirkan tentang kerjaya dan kejayaan profesional mereka, yang sering menjadi keutamaan berbanding segala-galanya. Mereka juga bijak dan tidak mudah berputus asa sehinggalah mereka mencapai apa yang mereka inginkan, baik dalam kehidupan profesional mahupun peribadi.

- Iklan -

bentuk hidung-2
Sumber: Storytohear.com

5. Hidung menaik: Mereka ini adalah seseorang yang ceria, bersemangat, impulsif dan spontan. Mereka sering dicari oleh rakan mereka, kerana personaliti mereka yang meriah membuatkan ramai yang kagum. Berbanding dengan orang lain, mereka sering mempunyai naluri yang kuat yang akan membimbing mereka dalam membuat keputusan.

6. Hidung ringkas: Individu yang mempunyai bentuk hidung sebegini mempunyai personaliti yang kuat dan merupakan seorang yang sangat yakin. Mereka sentiasa menjadi diri mereka sendiri, tanpa mengira keadaan mereka dan mereka adalah orang yang yakin dengan diri mereka sendiri dan kebolehan mereka. Atas sebab ini, tidak mudah untuk kita mengubah pendirian mereka.

7. Hidung Rom: Orang sebegini adalah sangat sensitif dan mempunyai kehidupan emosi yang sangat mendalam. Mereka sangat berasa empati dan sentiasa bersedia untuk  berkhidmat kepada orang lain. Kadang-kadang, atas sebab ini, mereka terlupa tentang diri mereka sendiri…

8. Hidung bengkok: Orang yang mempunyai hidung ini adalah seorang yang stabil, boleh dipercayai dan sentiasa mendengar dengan teliti. Mereka sangat pragmatik dan anda sentiasa boleh bergantung kepada mereka.

Adakah anda menyukai artikel kami? Apa pendapat anda? Tinggalkan komen kepada kami dan beritahu kami sama ada hidung anda mencerminkan personaliti yang sepadan dengan penerangan yang kami kongsikan di sini!

- Iklan -