Beberapa Tip Praktikal Untuk Anda Apabila Kunci Patah Di Dalam Tombol Pintu

22472

- Advertisement -

Tip untuk kunci patah dalam tombol

kunci tombol
Sumber: Thefamilybreeze.com

Sekiranya anda tidak mempunyai playar atau pin kecil, dapatkan juga magnet yang kuat yang ada di rumah anda. Ini juga dapat menawarkan jalan penyelesaian yang segera. Mungkin cara ini akan berjaya untuk anda. Kalau anda nak tahu, video ‘mengeluarkan kunci’ yang patah dan tersekat dengan magnet yang kuat telah tersebar luas di YouTube.

Satu kaedah lain adalah dengan bantuan gam. Ada yang menggunakan gam kuat, dengan cuba melekatkan kunci yang patah itu padanya dan kemudian, menariknya keluar dari kepala kunci. Ini juga menjadi kaedah yang terbukti berkesan. Gam itu perlu diletakkan dengan cara yang betul agar sebahagian kunci yang patah itu elok melekat dan mudah untuk ditarik keluar.

Jom mencubanya!

- Advertisement -

pin kunci
Sumber: Thefamilybreeze.com

Ada satu lagi cara yang boleh kita cuba. Cari gergaji kecil, kalau boleh, gergaji yang sangat kecil. Anda boleh mendapatkan gergaji seperti ini di kedai DIY (ia biasanya diletakkan di rak peralatan hardware). Yang penting adalah gergaji itu mesti mempunyai mata gigi yang cukup tajam!

Tolak gergaji ke dalam kunci supaya giginya dapat menangkap kunci semasa ditarik keluar. Sekali lagi, penting untuk anda menggunakan gergaji kecil dan tajam yang boleh kita masukkan di sebelah kunci. Kemudian, mula menggerakkan gergaji itu dan lambat laun, kunci itu akan keluar juga. Jadi, jika anda mengalami masalah ini di rumah, jom cuba beberapa petua yang kami kongsikan di sini!

- Advertisement -