Beberapa Tip Praktikal Untuk Anda Apabila Kunci Patah Di Dalam Tombol Pintu

22461

- Advertisement -

Adakah anda pernah terpatahkan kunci anda di dalam kepala kunci atau tombol pintu? Apa yang anda buat sekiranya ia terjadi kepada anda? Mari kami kongsikan dengan anda beberapa tip praktikal untuk mengeluarkan kunci yang terpatah dan tersekat di dalam kepala kunci atau tombol itu. Ianya cepat dan boleh dicuba sendiri. Ia juga tidak begitu sukar; cukup sekadar mencuba beberapa tip kami di sini dan masalah anda akan selesai!

Kunci terpatah dalam tombol pintu

kunci
Sumber: Thefamilybreeze.com

Mudah untuk kita panik apabila kunci kita terpatah di dalam kepala kunci. Lagi teruk apabila kita ada separuh daripada kunci itu di dalam satu tangan dan separuh lagi tersekat di dalam tombol. Memang ia kelihatan mustahil untuk dikeluarkan dari situ. Satu-satunya harapan kita dalam kes ini adalah memanggil tukang kunci!

Selalunya, kita tiada pilihan lain. Kita sudah semestinya perlu memanggil tukang kunci. Malah, jangan lupa: ini memang tugas mereka dan mereka berhadapan dengannya setiap hari. Walau bagaimanapun, kita juga mungkin berada dalam keadaan di mana kita tidak dapat menghubungi tukang kunci jika, katakan, kejadian itu berlaku pada waktu malam, pada hujung minggu atau semasa cuti umum.

Cara keluarkan kunci yang patah

- Advertisement -

kunci patah
Sumber: Thefamilybreeze.com

Selain itu, dalam 99% situasi, masalah seperti ini selalunya berlaku pada saat-saat genting. Contohnya, kita sakit perut dan mahu segera masuk ke dalam rumah. Jadi, oleh kerana ini kes kecemasan, kita tidak kisah untuk menanggung sedikit kos tambahan dengan memanggil tukang kunci. Kita memang inginkan bantuan segera daripada pakar.

Namun, ada beberapa tip praktikal yang boleh kita cuba. Soalan pertama dan paling penting ialah adakah separuh daripada kunci yang tersekat itu masih kelihatan atau tidak? Jika ya, kita ada peluang. Dalam kes ini, semburkan sahaja tombol atau kepala kunci dengan semburan WD-40 pada kedua-dua belah bahagian. Kemudian, cuba tarik keluar kunci dengan playar atau pinset kecil.

- Advertisement -