Anda Tidak Akan Percaya Apa Yang Musang Ini Buat di Dapur Pemilik Rumah Ini

960

- Iklan -

Terpaksa mengemas semula

bersepah
Metro.co.uk

Mereka mengambil masa tiga jam untuk membersihkan dapur yang berselerak itu, termasuklah najis musang yang ditinggalkan oleh haiwan itu sebagai “hadiah perpisahan”.

“Lain kali, apabila saya mendengar bunyi dentuman pada waktu malam, saya mungkin akan bangun dan memeriksa,” kata Emma selepas kejadian pada hari Jumaat itu.

‘”Saya fikir ia adalah anak perempuan saya dan teman lelakinya yang masuk, tetapi ia sebenarnya musang. Saya agak takut pada mulanya, tetapi ia tidak garang atau mahu bergerak langsung.”

“Pintu ditutup ketika saya turun pada waktu pagi. Jadi, ia mesti sudah masuk pada waktu malam dan musang itu telah terperangkap di dapur.”

Ambil masa yang lama

- Iklan -

kisah musang
Metro.co.uk

Malangnya bagi Emma, dalam percubaan untuk melarikan diri, musang itu telah menyepahkan sebahagian besar dapurnya. Dia berkata: “Tiada kerosakan besar tetapi semua baju berselerak di atas lantai, tong sampah terbalik di atas lantai dan ada banyak najis.”

“Ada banyak rumput kering di atas sofa. Kami mengambil masa tiga jam untuk membersihkan semuanya. Saya bukan peminat tegar musang kerana satu malam, arnab saya telah dimakan oleh musang.”

- Iklan -