Kenapa Ianya Berbaloi Untuk Masukkan Beg Plastik Ke Dalam Mesin Basuh

929

- Iklan -

Selepas menggunakan mesin basuh, kita akan perasan yang baju kita kurang wangi. Banyak serdak hitam dan kotoran akan keluar dari mesin basuh. Mengapa agaknya semua ini berlaku? Sudah semestinya, ia berlaku kerana terdapat banyak kotoran yang terperangkap di dalam mesin basuh anda selepas menggunakannya untuk sekian lama. Jadi, kami kongsikan dengan anda satu cara mudah untuk memastikan mesin basuh anda kekal bersih dan berprestasi tinggi.

Gunakan beg plastik untuk kekalkan kebersihan mesin basuh

cara cuci mesin basuh
Sumber: Net-seashell.com

Kalau anda hendak tahu, tip praktikal ini telah pun diketahui oleh segolongan suri rumah. Mereka akan memasukkan beg plastik ke dalam mesin basuh sewaktu mencuci pakaian. Mengapa agaknya? Berikut adalah beberapa sebab mengapa sesetengah suri rumah akan memasukkan beg plastik ke dalam dram mesin basuh di rumah mereka sebelum mencuci baju. Dengan memasukkan beg plastik anda ke dalam mesin, ia akan membantu:

  • mengumpulkan bulu haiwan kesayangan dari cucian dobi
  • membuatkan pakaian anda lebih bersih
  • elak mengotorkan penapis mesin basuh
  • membantu mengeluarkan detergen dari dram mesin basuh

Mengatasi masalah rambut  gugur dalam mesin basuh

- Iklan -

mesin basuh baju
Sumber: Pexels.com

Lain kali jika anda ingin membasuh pakaian anda, sama ada ianya kain cadar yang sangat kotor atau baju-T yang baru anda pakai beberapa kali, jangan lupa untuk memasukkan satu atau dua beg plastik yang bersih di dalam dram mesin basuh bersamanya. Tidak kisahlah beg plastik apa. Sama ada anda mendapatnya di kedai selepas membeli sayur-sayuran, barangan dapur dan barangan lain. Gunakan beg plastik ini dan lihat hasilnya. Tiada sehelai rambut pun akan kekal pada pakaian anda!

- Iklan -